PROJEK KHAS
SEDANG DI MODIFIKASI
PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) adalah nadi ilmu kepada sesebuah sekolah. Ia merupakan tempat tumpuan kepada pelajar dan guru untuk membuat rujukan, mencari bahan bacaan pengajaran dan pembelajaran, belajar berkumpulan, pembelajaran kendiri, penyelidikan dan sebagainya. Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda berperanan menyebarkan maklumat dan memupuk budaya membaca di kalangan pelajar bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan. Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda adalah terdiri daripada Unit Perpustakaan, Unit Bahan Bantu Mengajar, Unit Alat Pandang Dengar, Bilik Gerakan,NILAM , Unit Perkembangan Staf, Pengawas PSS dan Koleksi Soalan.
Adalah menjadi harapan agar Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda dapat menjadi pusat sumber yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga sekolah. Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda akan terus berusaha untuk menyahut cabaran sebagai pusat sumber yang kehadapan dalam mengeksplorasi dan mengenengahkan pelbagai program mahupun aktiviti serta idea berkaitan pembelajaran berteraskan penggunaan pusat sumber dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan dan keperibadian pelajar.
VISI
Melahirkan sebuah generasi yang berilmu,ceria,berketerampilan,berakhlak mulia dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk meningkatkan prestasi dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
MISI
1. Menanamkan budaya membaca dalam diri setiap individu.
2. Menyediakan bahan dan maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran kepada warga Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda
3. Memberikan khidmat rujukan, rundingan, pinjaman dan teknologi maklumat kepada pelajar dan guru.
4. Melahirkan suasana ceria danberinformasi dengan penuh bertanggungjawab.
5. Menerapkan nilai-nilai murni beretika dan berdisiplin dalam diri setiap individu.
PIAGAM PSS
1. Memberi layanan mesra dan bersopan.
2. Memastikan guru dan murid dapat belajar bersama-sama.
3. Menyediakan ruang dan kemudahan yang selesa untuk melakukan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.
4. Menyebarkan maklumat terkini.
Bangunan asal berbentu ‘U’ yang mengandungi 10 bilik darjah, diperbuat daripada separuh batu dan separuh jarring besi beratapkan asbestos. Dibina pada tahun 1954 atas inisiatif Tuan Hammer, Pegawai daerah Klang dengan kerjasama Tuan Syed Hashim Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Klang ketika itu.
Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Kampung Raja Uda, iaitu bersempena nama Raja Tun Uda, bekas Menteri Besar Selangor yang kedua dan bekas Gabenor Pulau Pinang yang pertama.
Sekolah mula dibuka pada 4 Januari 1955 dan dirasmikan pada 13 Mac 1955 oleh Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al– Haj.
Di atas keperluan dan desakan Guru Besar serta Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ketika itu, maka kementerian pendidikan telah bersetuju pada tahun 1979 untuk merobohkan bangunan lama dan diganti dengan 1 blok bangunan batu 3 tingkat mengandungi 10 bilik darjah. Tahun 1993 pula, sebuah bangunan kilat mengandungi bilik darjah dibina.
Asalnya sekolah gred C dengan bilangan murid seramai 201 orang dan 6 orang guru sahaja. Tahun 1984, sekolah dinaikkan ke sekolah gred B dengan bilangan murid seramai 495 orang. Seterusnya tahun 1993, dinaikkan ke sekolah gred A dengan jumlah murid seramai 819 orang, dan guru seramai 37 orang. Sekolah juga terpaksa mengadakan 2 sesi persekolahan (pagi & petang) mulai tahun 1993 hingga sekarang
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH 2010
Penasihat :
Pn Hajah Huzaimah binti Mokhtar(Guru Besar)
Pengerusi :
En Md Said bin Sulaiman(GPK1)
Naib Pengerusi 1 :
Pn Che Norlia bt Ismail(GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 :
Pn Nang Hayati binti Awang @ Nik Ishak (GPK KOKO)
Naib Pengerusi 3 :
Pn Aishah binti Mohd Yussof( P.Petang)
Penyelaras :
Pn Nor Hafidah binti Mohd Nordin (Guru Perpustakaan & Media)
Setiausaha :
Pn Fauziah binti Abdul Razali
Ahli Jawatankuasa:
Semua Ketua Panitia , Semua Penyelaras Kelas / Tahun
JAWATANKUASA PERPUSTAKAAN
(K)
Cik Nadia bt Mat Rusni
Pn Nor Julaini bt Muhyamad (P)
Pn Rafida binti Mohd Yusof
Pn Rohaya binti Halimi
Pn Azila binti Ramli @ Ismail
Pn Nik Mazlina bt Nik Abd Rahman
En Che’Mat Tarmizi bin Teh
Pn Sh Neny Eiyana bt Tuan Syed
Pn Norhadiana binti Mohamat
Cik Nor Idawati bt Abu Hassan
Pn Ruzaimah bt Kassim @ Sapa
En Nizam bin Husin
Cik Norazlina bt Abdullah
Guru Y
Guru Z
JAWATANKUASA ALAT PANDANG DENGAR
En Mohd Fauzan bin M. Daud
En Ruslan bin Lah
En Mohd Zahir bin Abd Majid
En Khasnol Attoiddin bin Sulimin
Pn Noraini binti Saad
Pn Rohaidah binti Salimin
JAWATANKUASA PENGAWAS PSS
Encik Shahril Nizan bin Zainal (K)
Pn Saini binti Samat (P)
Pn Rose Anita bt Ahmad
Pn Bebe Fatimah bt M. Abdullah
Pn Noraini Mustaffa
En Zahrul Kamal bin Muhamad
Pn Rohaya binti Abdul
Pn Farah Wahida binti Mohd Abd Rahman
Pn Rajeswary a/p Jaganathan
Pn Ismawinah bt Isnin
JAWATANKUASA BAHAN BANTU MENGAJAR
En Rosli bin Amat (K)
En Nor Hasrol bin Azizan (P)
En Budiman bin Sonom @ Masnon
Pn Norhayati binti Abdullah
Pn Tai Guat Eng
Pn Rozana binti Abdul Rahim
JAWATANKUASA KOLEKSI SOALAN
Pn Nor Azlina binti Ali (K)
Pn Aminah binti Sulaiman (P)
Guru W
Guru X
JAWATANKUASA GERAKAN TABIAT MEMBACA ( PROGRAM NILAM ) 2010
Penasihat : Pn Hajah Paridah binti Ariffin (Guru Besar)
Pengerusi : En Md Said bin Sulaiman (GPK1)
Naib Pengerusi 1 : Pn Eiasah binti Osman (GPK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn Nang Hayati binti Awang @ Nik Ishak (GPK KOKO)
Naib Pengerusi 3 : Pn Aishah binti Mohd Yussof ( P.Petang)
Penyelaras Program : Pn Nor Hafidah binti Mohd Nordin (Guru Perpustakaan & Media)
Pen. Peny. Program : Pn Fauziah binti Abdul Razali ( Setiausaha PSS)
Setiausaha : Cik Rozana binti Spian
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn Saudah binti Tuah ( Ketua Panitia Bahasa Melayu )
2. Pn Nirmala a/p Supperamaniam (Ketua Panitia B. Inggeris )
3. Cik Nadia bt Mat Rusni ( Ketua Perpustakaan)
4. Guru-guru Bahasa Melayu tahun 1 hingga 6
5. Wakil PIBG