LATAR BELAKANG
PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) adalah nadi ilmu kepada sesebuah sekolah. Ia merupakan tempat tumpuan kepada pelajar dan guru untuk membuat rujukan, mencari bahan bacaan pengajaran dan pembelajaran, belajar berkumpulan, pembelajaran kendiri, penyelidikan dan sebagainya. Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda berperanan menyebarkan maklumat dan memupuk budaya membaca di kalangan pelajar bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan. Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda adalah terdiri daripada Unit Perpustakaan, Unit Bahan Bantu Mengajar, Unit Alat Pandang Dengar, Bilik Gerakan,NILAM , Unit Perkembangan Staf, Pengawas PSS dan Koleksi Soalan.
Adalah menjadi harapan agar Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda dapat menjadi pusat sumber yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga sekolah. Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda akan terus berusaha untuk menyahut cabaran sebagai pusat sumber yang kehadapan dalam mengeksplorasi dan mengenengahkan pelbagai program mahupun aktiviti serta idea berkaitan pembelajaran berteraskan penggunaan pusat sumber dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan dan keperibadian pelajar.
0 Response to "LATAR BELAKANG"