SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Bangunan asal berbentu ‘U’ yang mengandungi 10 bilik darjah, diperbuat daripada separuh batu dan separuh jarring besi beratapkan asbestos. Dibina pada tahun 1954 atas inisiatif Tuan Hammer, Pegawai daerah Klang dengan kerjasama Tuan Syed Hashim Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Klang ketika itu.

Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Kampung Raja Uda, iaitu bersempena nama Raja Tun Uda, bekas Menteri Besar Selangor yang kedua dan bekas Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

Sekolah mula dibuka pada 4 Januari 1955 dan dirasmikan pada 13 Mac 1955 oleh Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al– Haj.

Di atas keperluan dan desakan Guru Besar serta Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ketika itu, maka kementerian pendidikan telah bersetuju pada tahun 1979 untuk merobohkan bangunan lama dan diganti dengan 1 blok bangunan batu 3 tingkat mengandungi 10 bilik darjah. Tahun 1993 pula, sebuah bangunan kilat mengandungi bilik darjah dibina.

Asalnya sekolah gred C dengan bilangan murid seramai 201 orang dan 6 orang guru sahaja. Tahun 1984, sekolah dinaikkan ke sekolah gred B dengan bilangan murid seramai 495 orang. Seterusnya tahun 1993, dinaikkan ke sekolah gred A dengan jumlah murid seramai 819 orang, dan guru seramai 37 orang. Sekolah juga terpaksa mengadakan 2 sesi persekolahan (pagi & petang) mulai tahun 1993 hingga sekarang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "SEJARAH SEKOLAH"